My photo
I'm just a slave of Allah that still seeking forgiveness from Him...

Saturday, January 23, 2010

topaz menang lagi...

salam...
hari n merentas desa kat skolah...
peningkatan yg baru buat rumah zamrud...tapi penurunan buat rumah delima....
nilam dapat no. 2.....topaz yg slalunya menang tetap menang dan menggondol piala..haha...
tapi kebanyakannya yg dpt no.1....nilam...bukannya topaz..apelah...n sbnrnya nilam lah yg kene menang..
ni topaz lak...
tak acik betoll.....!!!
rumah nilam tetap sabar...
'kan sabar itu sebahagian dari iman',..kata ustaz samsul...
wassalam...

Wednesday, January 20, 2010

kite hanye merancang...Allah yg menentukan.....

salam...
hari ni stayback..bb ade rumah nilam.punye merentas desa..ngan rumah delima..
pastu...dah mkn, solat, tuker baju,,
tetiba lak sampai je kat serambi, ade lebih kurag 40 org je..
agk terkezutlah gak..
pastu kite pon terpikirlah gak...cane nk g mrntas desa..padahal ade 40 org je...
pastu tetiba cikgu jalil kate yg kite tawaf skolah je..
sedih......
penat-penat kite stayback...tawaf skolah...
isk isk isk...
nasib bik ade kawan..kalo tak!!!!...
hmm..hanya Allah sahaja yg tahu....


berserah jelah kat Allah...
insyaAllah senuanya akn okey mase 23 hb. nnti...
insyaAllah..
wassalam....


Sunday, January 17, 2010

kira-kiralah dulu....



CARTA DOSA
JASA ANDA DI DUNIA

ANUGERAH ANDA DIAKHIRAT

1. Meninggalkan sembahyang
      - Ular Saqar sedang menunggu

2. Melewat-lewatkan sembahyang

      - Neraka WAIL sedang menganga

3. Meringan-ringankan syariat

      - Mendapat pandangan murka Al-Jabbar

4. Mengumpat peribadi orang

      - Gunting neraka sedang diasah

5. Menyebarkan gossip atau fitnah

      - Duri- duri menanti anda di taman neraka

6. Tidak menjaga pergaulan

      - Libasan api neraka dijanjikan

7. Tidak berakhlak dengan manusia

      - Kemurkaan Allah bersama mu..

8. Menyakiti hati orang dengan lisan

      - Masuklah mana-mana pintu neraka

9.Meringankan amanah

      - Angkatlah seberkas kayu dari neraka

10.Bersangka buruk

      - Amalan baik diambil orang


credited from:- remaja_masjid@yahoogroup.com

Saturday, January 16, 2010

sebuah hari yg insyaAllah akn menjadi hari yg ceria.....

salam...
hari ni mak aq buatlah 'idli'..alah..org mamak suke makn...
so tpg tu ade byk.....aq buatlah tosai..
hahahaha....mak aq marah...sbb aq n takde keje lain...hahaha...
pastu kitorg g lah keUM.....amik kakak aq..
sbb hari ni buzzday mak long aq..so jap lg kitorg nak g port klang..hehe..mkn kek...sate...nugget...wow..best nye lah harini...

haha..n kek mase harijadi kakak aq..jgn marah...cheese cake tau..!!!jgn main-main..
hahaha
dalah...assalamualaikum wrh.wbt...
wassalam....


Friday, January 15, 2010

22 tanda hari kiamat semakin hampir

AWAS!!

1. Sembahyang diabaikan (diringan2kan ).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena (homoseksual) dan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh    dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah....

Sunday, January 10, 2010

harta dan pangkat adalah ujian Allah....awas..!!!!


harta and pangkat kdg2 dijadikan ukuran menetukan taraf seseorang....
islam tidak meletakkan harta sebagai matlamat hidup umatnya secara mutlak.
walau bagaimanapun, islam menggalakkan umatnya mencari harta kekayaan asalkan ianya diusahakan berdasarkan prinsip-prinsip syarak......

saidina abu bakar as-siddiq dan abdul rahman bin'auf dipuji kerana mereka adalah hartawan yg membelanjakan hartanya untuk kepentingan islam, manakala abu lahab dan umaiyah bin khalaf mendapat siksa kerana mereka meyakini harta dapat menebus segala dosa-dosa mereka.....
oleh itu, org islam hendaklah menjadikan harta sebagai alat untuk menikmati kebahagiaan didunia dan kesejahteraan diakhirat...
insyaALLAH...


Sunday, January 3, 2010

kembali ke sekolah...:-)

salam.... selamat kembali ke sekolah pada hari esok....
mesti kebanyakan ibu-bapa akn ambil cuti sbb hantar ank-ank mereka ke sekolah.....
buat rakan-rakan sekelian, teruskan perjuangan kalian pada tahun 2010 ini....
hrp-hrp kite mlgkah ke sekolah dgn azam baru....insyaAllah....

wassalam.....:-)

Friday, January 1, 2010

selamat tahun baru...!!!





salam...:-) selamat tahun baru saya ucapkan...kpd sesape yg baru menjengah blog saye ni...


hrp-harap sumenye ceria-ceria slalue ...
              harap-harap ditahun baru masihi ni...kite merancang sesuatu yg terbaik buat diri kite, keluarga kite, ibu bapa kite, adik-beradik kite, dan juga yg plg penting....untuk iman dan qalb kite....Amin....
always remember Allah SWT...,never forget Rasulullah (PBUH)..., upgrade our iman..., and always take care of our self....

if all this you take care....insyaAllah, garranty....you're success in your life.....InsyaAllah....